WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

PENGGAMBARAN FILEM, DRAMA, IKLAN DAN SEBAGAINYA DIBENARKAN BERMULA 10 JUN

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun setiap penggambaran perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)


Back To Whats Hot

PUTRAJAYA : Penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun setiap penggambaran perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

SOP berkenaan termasuk memastikan penjarakan sosial dan kebersihan diri.

"Sebelum ini saya telah maklumkan bahawa mesyuarat memutuskan untuk membenarkan penggambaran filem, iklan, drama dan sebagainya.

"Saya sebutkan waktu itu, ia boleh bermula selepas Raya. Maka hari ini kita putuskan ia boleh memulakan operasi bermula 10 Jun. Namun aktiviti penggambaran mesti patuhi SOP diputuskan dalam mesyuarat terutama memastikan penjarakan sosial dan tidak memulakan perhimpunan yang ramai dan sebagainya," katanya dalam sidang media harian di sini pada Selasa.

Ismail Sabri dalam sidang media sebelum ini berkata, keputusan sama ada membenarkan industri itu beroperasi semula akan diputuskan selepas Aidilfitri selepas mendapat pandangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: AWANI