WHAT'S NEXT

CATS XPOSED - ME

10.00am - 12.00pm

HARGA PETROL TURUN, RYAN DEEDAT HANTAR PERCUMA

Sebagai penghargaan buat peminat, Ryan tidak mengenakan caj penghantaran bagi pembeli biskut raya jualannya


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Disebabkan harga petrol turun, penyanyi Ryan Deedat tidak mengenakan caj penghantaran bagi biskut raya jualannya untuk pembeli yang menetap di ibu negara dan kawasan sekitar.

Kali pertama menjual biskut raya, langkah itu bagi Ryan, bertujuan membalas jasa peminat dan sahabat yang banyak menyokong kariernya selama ini.

"Ini percubaan sulung dan saya mahu melihat keadaan pasaran. Alang-alang pergi ke kawasan tertentu, jadi tidak salah saya abaikan caj penghantaran.

"Tambahan pula, saya faham keadaan ekonomi sekarang dengan bebanan itu dan ini. Ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

"Jadi, tidak perlulah kenakan caj penghantaran selagi harga petrol rendah," katanya kepada BH Online.

Ryan atau nama penuh, Sheikh Eamir Deedat berkata, biskut raya coklat premium yang dijual adalah air tangan temannya yang juga chef.

"Saya adalah pencinta coklat. Kali pertama mencuba biskut buatan teman ini, saya jatuh hati. Ramuan coklat digunakan berbeza dan 100 peratus buatannya.

"Lantas saya cadangkan kepada sahabat itu untuk membuat penjenamaan semula. Jadi, saya dapat hak eksklusif menjual biskut ini di mana bekalan datang daripadanya," katanya.

Sebagai permulaan, Ryan yang terkenal dengan lagu Salimah menjual 300 balang biskut berkenaan.

"Saya tidak berani ambil banyak, saya hendak uji pasaran terlebih dahulu.

"Jika ada sambutan, barulah saya rancang betul-betul untuk memperluaskan perniagaan ini," katanya.

Sumber: Berita Harian
oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my