WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

LTDL 2020 EDISI KE 25 DI KUCHING PADA 7 FEBRUARI 2020

Senarai nama jalan dan lokasi yang akan dilalui dan ditutup


Back To Whats Hot

KUCHING: Buat pertama kalinya, kejohanan berprestij berbasikal dunia PETRONAS Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 Edisi Ke 25 akan berlangsung di Sarawak.

Sebanyak 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan dan akan bertanding di 10 pusingan LTdL 2020 membabitkan 6 pasukan World Tour Pro Team, 15 pasukan Pro-Kontinental dan Asia Tour Kontinental dan satu pasukan kebangsaan.

Perlumbaan berbasikal Petronas Le Tour de Langkawi (LTDL) 2020 Edisi ke-25 akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada tarikh 7 Februari 2020 (Jumaat) dengan jarak perlumbaan sejauh 100 km bermula dan berakhir di Padang Merdeka, Kuching.

Perlumbaan akan bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Jalan-jalan yang akan dilalui oleh pelumba ini akan mula ditutup seawal jam 7.00 pagi.

Pada peringkat pertama ini, setiap pelumba akan berkayuh sepanjang 96.2 kilometer dengan melalui beberapa jalan utama seperti:

  1. Jalan Tun Hj. Openg
  2. Jalan Barrack
  3. Jalan Khoo Hun Yeang
  4. Jalan Market
  5. Jalan Gambier
  6. Jalan Main Baazar
  7. Jalan Tunku Abdul Rahman
  8. Jalan Abell
  9. Bulatan Sri Aman
  10. Jalan Central Timur
  11. Lampu Isyarat Central Timur
  12. Jalan Tan Sri Ong Kee Hui
  13. Lampu Isyarat Crookshank / Taman Budaya
  14. Civic Center
  15. Lampu Isyarat Badruddin
  16. Lampu Isyarat Rtm
  17. Flyover Satok
  18. Jambatan Satok
  19. Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub
  20. Bulatan Abg Hj. Kipali (Terus sehingga ke jalan Demak Bako)
  21. Bulatan Samariang
  22. Jalan Tun Abd. Rahman Yaakub
  23. Bulatan Sesco
  24. Jalan Bako
  25. Bulatan Medan Hamidah
  26. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bako
  27. Jalan Demak
  28. Bulatan Bako (Demak Industrial)
  29. Lampu Isyarat Pelabuhan Senari
  30. Jalan Kg Bako (U Turn Kawasan Kg) (Patah balik semula ke Pusat Bandar)
  31. Lampu Isyarat Pelabuhan Senari
  32. Bulatan Bako (Demak Industrial)
  33. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bako
  34. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bcck
  35. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bintawa
  36. Bulatan Bintawa 1
  37. Bulatan Bintawa (lalu di hadapan Bp Bintawa)
  38. Lampu Isyarat Merican Salleh
  39. Lampu Isyarat Klinik Tanah Putih
  40. Bulatan I Icom Square
  41. Susur Lampu Isyarat Sekama / Pending
  42. Jalan Sekama (terus sehingga ke Jalan Batu Lintang)
  43. Lampu Isyarat Mendu
  44. Jalan Batu Lintang
  45. Lampu Isyarat hadapan Wisma Seberkas
  46. Jalan Tun Abang Haji Openg
  47. Lampu Isyarat Badruddin
  48. Lampu Isyarat RTM
  49. Lampu Isyarat Jln Haji Taha / Bawah Flyover Satok
  50. Jalan Masjid (Hadapan Jalan Masjid Bahagian Kuching)
  51. Bulatan Padang Pasir / P.Ramlee
  52. Jalan Market
  53. Jalan Gambier
  54. Jalan Main Baazar
  55. Jalan Tunku Abdul Rahman
  56. Susur Jalan Abell / Padungan
  57. Lampu Isyarat Padungan / Everrise
  58. Jalan Tunku Abdul Rahman
  59. Jalan Lebuh Wayang
  60. Jalan Main Baazar
  61. Jalan Tun Abg Hj Openg (Hadapan OUB Bank di WaterFront Kuching)
  62. Lampu Isyarat RTM

Senarai nama jalan yang akan ditutup dan dibuat lencongan pula adalah seperti berikut: (10 lokasi)

  1. Lampu Isyarat RTM / Jalan Satok
  2. Lencongan Jalan Kulas Ke Jalan Muhibbah (Hadapan BSN Satok) / Alternatif Ke Jalan Green
  3. Lampu Isyarat Jalan Badruddin Ke Lampu Isyarat RTM
  4. Bulatan Padang Pasir (Berdekatan Masjid bahagian Kuching)
  5. Lampu Isyarat Jalan Hj Taha (bawah Fly Over Satok)
  6. Bulatan Sri Aman Ke Jalan Padungan
  7. Lampu Isyarat Jalan Abell Ke Jalan Padungan (hadapan Hotel Longhouse)
  8. Lampu Isyarat Jalan Song Thian Cheok Ke Jalan Padungan
  9. Bulatan Ban Hock Ke Lampu Isyarat St Mary
  10. Lampu Isyarat Jalan St Mary / Jalan Reservoir / Mcdougall (Fata Hotel)
Orang ramai khususnya mereka yang berada di sekitar Kuching sama-sama menyaksikan pelumba-pelumba handalan dunia beraksi di LTdL 2020 Edisi Ke 25 pada 7 Februari 2020 di Padang Merdeka, Kuching.
 
Sumber: UKAS