WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

AKTRES JERMAN PILIHAN PENGARAH HOLLYWOOD JAMES WAN

Sutradara itu mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan dengan pilihan hatinya setelah lebih 10 bulan bertunang


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR : Pada Ahad lalu, penulis skrip dan pengarah filem kelahiran Sarawak James Wan mengumumkan perkahwinannya bersama aktres Jerman, Ingrid Bisu.

Berita gembira itu diumumkan melalui postingan di sosial media kedua-dua pasangan tersebut di Instagram dan Facebook.

Gambar yang dimuat naik dalam laman Instagram James Wan dengan nama pengguna @creepypuppet disertai kapsyen “One ring (I mean two) to rule them all” itu seterusnya dibanjiri ucapan tahniah.

Ini termasuklah daripada beberapa selebriti ternama antaranya Henry Golding dan Randall Park.

Sutradara itu mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan dengan pilihan hatinya setelah lebih 10 bulan bertunang.

Antara filem terkenal arahan pengarah kelahiran Bumi Kenyalang itu adalah Saw, Insidious, The Conjuring, Fast and Furious dan filem pecah panggung, Aquaman.

Isterinya pula terkenal dengan watak Sister Oana dalam filem bergenre seram, ‘The Nun’.

Filem Aquaman arahan James pada tahun lalu berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak 1.148 billion USD.

Sumber: AWANI