• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

JUSTIN BIEBER UMUM BERSARA SEKETIKA, MAHU JADI BAPA YANG BAIK

Bieber membuat pengumuman bakal merehatkan kerjaya seninya seketika demi memberi perhatian kepada isu peribadi


Back To Whats Hot

Penyanyi pop popular Justin Bieber membuat pengumuman bakal merehatkan kerjaya seninya secara seketika untuk memberi perhatian kepada isu peribadi.

Bieber, 25, memuat naik kenyataan tersebut di akaun Instagam miliknya pada Isnin bagi menjawab persoalan peminatnya yang tertanya-tanya bila beliau bakal muncul dengan album baharu.

Penyanyi pop kelahiran Kanada itu memulakan kerjaya profesionalnya sebagai penyanyi lebih sedekad lalu dan menyedari bahawa dia tidak lagi dapat memberikan sepenuh tumpuan dalam kerjayanya.

Ketika membuat persembahan di konsert jelajahnya yang terakhir, beliau mula menyedari bahawa dia tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan serta persembahan yang bertenaga buat para peminatnya.

"Saya membaca banyak mesej daripada peminat yang mengatakan kamu semua mahukan album baru.

"Saya mula menjelajah ketika remaja lagi seawal usia 20-an, saya sedar dan kamu juga nampak saya tidak kelihatan seronok ketika konsert jelajah kali terakhir itu dan saya tidak patut melakukan sedemikian dan kamu juga tidak patut mendapatkan layanan seperti itu kerana peminat membayar tiket konsert untuk melihat saya beraksi dengan penuh tenaga dan yang terbaik tetapi malangnya saya tidak dapat melakukannya sehingga ke akhir persembahan," tulis Bierber.

Menerusi kenyataannya di entri Instagram miliknya, beliau kini sedang berusaha mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapinya dan ingin memberi fokus menjadi seorang suami dan bapa.

“Saya kini mengenal pasti kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan dan berusaha memperbaiki kesilapan dan masalah dalaman yang saya hadapi supaya saya boleh mempertahankan perkahwinan saya dan menjadi seorang bapa yang saya inginkan,” kata penyanyi pop yang popular dengan lagu Love Yourself itu.

Walau bagaimanapun beliau akan kembali dengan album baharu secepat mungkin kerana bidang muzik adalah minatnya, bagaimanapun dia perlu memberikan tumpuan kepada kesihatan dirinya dan keluarga terlebih dahulu.

Entri yang di muat naik di laman Instagram milik Bieber, mempunyai lebih 106 juta pengikut telah mendapat likes lebih dua juta serta komen lebih 58,000 daripada peminatnya pada Selasa yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan sedih dengan berita itu.

Nama Bieber mula dikenali pada tahun 2009 seawal usianya 12 tahun bermula di laman YouTube sebelum menjadi penyanyi di bawah label ‘So So Def’ sejak berusia 13 tahun.

Bieber berkahwin dengan supermodel Hailey Baldwin,21, pada September lepas.

Menurut laporan TMZ, Bieber membatalkan semua kosert jelajahnya termasuklah konsert yang bakal berlangsung hujung minggu ini di Arlington, Texas serta 13 konsert  lagi di seluruh Amerika Utara, Hong Kong, Filipina dan Singapura.

Sumber: AWANI

 

View this post on Instagram

So I read a lot of messages saying you want an album .. I’ve toured my whole teenage life, and early 20s, I realized and as you guys probably saw I was unhappy last tour and I don’t deserve that and you don’t deserve that, you pay money to come and have a lively energetic fun light concert and I was unable emotionally to give you that near the end of the tour. I have been looking, seeking, trial and error as most of us do, I am now very focused on repairing some of the deep rooted issues that I have as most of us have, so that I don’t fall apart, so that I can sustain my marriage and be the father I want to be. Music is very important to me but Nothing comes before my family and my health. I will come with a kick ass album ASAP, my swag is undeniable and my drive is indescribable his love is supernatural his grace is that reliable.... the top is where I reside period whether I make music or not the king said so. but I will come with a vengeance believe that.. (grammar and punctuation will be terrible pretend it’s a text where u just don’t care).

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on