• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

INSENTIF PELAJAR DIPERLUAS

Kerajaan Sarawak memperluas pemberian insentif kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini


Back To Whats Hot

LAWAS: Kerajaan Sarawak memperluas pemberian insentif kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mendapatkan tiket perjalanan pergi dan balik tempat pengajian.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pemberian insentif itu berdasarkan permohonan disuarakan belia yang tinggal jauh dari tempat pengajian mereka di Kuching.

“Subsidi diberi kepada pelajar IPT berdasarkan perkiraan jarak tempat mereka dan pendapatan ibu bapa,” katanya pada sesi ‘Townhall Berambeh Ngan Abang Jo’ di Lawas semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, ADUN Lambir Ripin Lamat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa dan Fazzrudin Abdul Rahman selaku moderator.

Abang Johari menjelaskan bahawa pemberian insentif itu bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, program tersebut diadakan untuk mendekati belia berusia 40 tahun ke bawah yang pertama kali dianjurkan Sarawak Volunteer bermula di Lawas.

“Ini memberi ruang kepada pemimpin peringkat negeri menjelaskan secara langsung dasar dan program kerajaan GPS berdasarkan keperluan belia,” jelasnya.

Beliau berkata, beberapa dasar negeri turut memfokuskan kepada belia antaranya ekonomi berteraskan ekonomi digital, pendidikan, perkhidmatan dan pertanian moden.

Jelasnya, beliau perlu memberi penekanan kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bakal menjadi penggerak dunia baharu teknologi canggih pada era Revolusi Industri 4.0.

Pada majlis itu, pelbagai soalan dikemukakan belia meliputi pelbagai aspek khususnya pendidikan, kemahiran, sosial dan ekonomi.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Mastura Ismail