WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KEKAYAAN LEBIH RM4 BILION JUAL KOSMETIK, KYLIE JENNER KINI BILIONAIR TERMUDA!

Susulan perkembangan pesat dalam industri kosmetik, Forbes menganggarkan syarikat milik Kylie bernilai sekurang-kurangnya AS$900 juta


Back To Whats Hot

Bintang realiti televisyen, Kylie Jenner terus melakar sejarah tersendiri apabila sekali lagi tercatat sebagai jutawan bertaraf bilionair termuda atas usaha sendiri di Amerika Syarikat.

Menerusi laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes, Kylie, 21 tahun yang merupakan adik tiri kepada bintang realiti Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian mencipta nama menerusi jenama kosmetik sendiri.

Susulan perkembangan pesat dalam industri kosmetik, Forbes menganggarkan syarikat milik Kylie bernilai sekurang-kurangnya AS$900 juta (RM3.678 bilion).

Sementara kekayaan tunai dimiliki Kylie meningkat hasil daripada perniagaan yang menguntungkan dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$1 bilion (RM4.087 bilion).

Lebih hebat, Kylie yang mempunyai 128 juta jumlah pengikut di laman Instagram juga menewaskan pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang menjadi bilionair termuda pada usia 23 tahun.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa. Saya tidak boleh meramal masa depan,” kata Kylie seperti dilapor Forbes.

Ibu kepada seorang anak ini sedang menjalankan perniagaan kosmetik, aplikasi, serta pakaian. Dia menubuhkan Kylie Cosmetics pada 2016, yang menawarkan kit gincu bibir bernilai AS$29 (RM117).

Sumber: AWANI