WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

RUPA-RUPANYA MISTERI DILAILA ADA DUA KESUDAHAN

Filem Misteri Dilaila memberi kuasa kepada penonton untuk memilih kesudahannya


Back To Whats Hot

Pertama kali dalam sejarah perfileman tempatan, sebuah filem menawarkan dua pengakhiran!

Filem Misteri Dilaila memberi kuasa kepada penonton untuk memilih kesudahannya.

Kuasa ini, kata sutradaranya, Syafiq Yusof ditawarkan kerana pihaknya menyedari berlaku perdebatan dalam kalangan penonton yang telah menyaksikan filem genre misteri thriller ini.

“Hari ini secara rasminya saya umumkan kepada semua bahawa sememangnya filem ini dibuat khas dengan dua pengakhiran berbeza.

"Konsep sebegini belum pernah lagi ditampilkan di dalam industri filem Malaysia.

"Di samping itu, genre misteri thriller menjadi pilihan utama saya untuk muncul dengan konsep ini kerana ia memberi peluang untuk saya mengembangkan jalan cerita dan karakter dengan lebih dramatik dan kreatif.

"Saya juga berharap konsep ini mampu membantu filem genre misteri thriller mendapat lebih perhatian oleh penggemar filem tanah air sama seperti kelompok filem aksi dan seram," katanya.

Misteri Dilaila mula menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 21 Februari yang lalu.

Filem yang membariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Nam Ron dan Mas Khan juga  bakal menemui penonton di Indonesia bermula 13 Mac ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kedua-dua pengakhiran filem terbitan Astro Shaw dan Skop Productions di pawagam berhampiran anda sekarang.

Ikuti perkembangan dan info terkini mengenai senarai pawagam bagi kedua-dua pengakhiran filem di Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.

Malam pertama di sana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh sementara pada keesokan harinya pula, lelaki itu mendapati isterinya hilang.

Kesedihan Jefri terubat apabila Imam Aziz (Namron) muncul memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. Wanita itu mengakui dirinya Dilaila.

Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya?

Sumber: AWANI