• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

'NYANYI SETAKAT UNTUK 'LEPAS GERAM', BOLEHLAH...'

Bella Astillah belum terfikir untuk bergerak aktif dalam dunia seni suara


Back To Whats Hot

Meskipun percubaan menyanyikan semula lagu popular Siti Sarah Raissuddin, Semakin menerima pujian ramai, Bella Astillah belum terfikir untuk bergerak aktif dalam dunia seni suara.

Mengakui minat yang dipupuk sejak kecil belum terhakis, Bella yang juga isteri kepada Aliff Aziz bagaimanapun, hanya bersedia berkongsi kecenderungannya itu di media sosial.

“Dalam keadaan sekarang, banyak perkara lain yang perlu saya berikan keutamaan, terutama menguruskan anak dan rumah tangga.

“Sesekali, untuk ‘melepas geram’, saya akan menyanyi lagu popular dan dikongsi di laman sosial. Suami tidak menghalang jika saya berminat untuk menyanyi secara serius.

“Namun, dia lebih selesa jika kami merakamkan lagu duet. Perancangan ke arah itu memang ada, cuma saya tidak mahu terburu-buru hanya kerana mahu mengikut cara orang lain,” katanya.

Bella, 25, berkata, dia merakamkan semula lagu Semakin bersama pelakon, Aprena Manrose sebagai tanda sokongan kepada Sarah yang bersaing pada Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33) lalu.

Kebetulan, dia sudah mengenali Aprena sejak 2012 kerana pernah belajar di kolej yang sama, namun tidak terlalu rapat.

“Kami berjumpa semula apabila dia berlakon dengan Aliff dan sejak itu, kami mula rapat. Sering juga kami ke pusat karaoke untuk melepaskan penat.

“Aprena memang boleh menyanyi dengan baik kerana dia mewarisi bakat seni bapanya, Iwan. Saya suka suaranya yang serak-serak basah.

“Dari situ, kami terdetik untuk merakamkan semula lagu Semakin. Proses rakaman juga tidak mudah, tambahan pula lagu itu memang mencabar untuk dinyanyikan,” katanya.

Bella berkata, dia dan Aprena mengambil masa lapan jam untuk menyiapkan rakaman lagu itu, dibantu suaminya yang menjaga vokal.

Sumber: Berita Harian