WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

ARIANA GRANDE DUDUKI TIGA TEMPAT TERATAS CARTA AS SEJAK BEATLES

Puteri pop Ariana Grande merupakan penghibur pertama dalam tempoh lebih 50 tahun yang menduduki tiga tempat teratas


Back To Whats Hot

Puteri pop Ariana Grande merupakan penghibur pertama dalam tempoh lebih 50 tahun yang menduduki tiga tempat teratas secara serentak di atas carta lagu ‘single’ Amerika Syarikat, kata penjejak industri Billboard pada Isnin lepas.

Bintang berusia 25 tahun itu merupakan penghibur kedua dalam sejarah enam dekad carta Billboard Hot 100 yang mencapai kejayaan itu, selepas The Beatles pada 1964.

Lagu-lagu Grande ‘7 Rings’, ‘Break Up With Your Girlfriend, I’m Bored’ dan ‘Thank U, Next’ memonopoli carta hit terbaik itu selepas penampilan sulung album kelimanya dalam carta album terbaik Billboard.

The Beatles menduduki tempat-tempat yang sama pada April 1964, dengan ‘Can’t Buy Me Love’, ‘Twist and Shout’ dan ‘Do You Want to Know a Secret’ yang menguasai bahagian atas carta.

Hot 100 bagi semua genre itu mengadunkan striming AS, siaran radio dan data jualan digital untuk menaraf lagu-lagu hit terbaik.

Grande juga memecah rekod bagi 40 lagu hit terbaik paling serentak oleh seorang artis wanita dengan 11 lagu, untuk menewaskan rekod lama penyanyi rap Cardi B iaitu sembilan.

Bintang pop itu telah menyaksikan kejayaan yang cemerlang sejak 12 bulan lalu, dan Billboard memilihnya sebagai Wanita Terhebat 2018.

Pada bulan ini, dia memenangi anugerah Grammy pertamanya untuk Album Vokal Pop Terbaik bagi ‘Sweetener’, untuk mengatasi persaingan yang sukar termasuk artis kegemaran abadi, Taylor Swift.

Grande tidak menghadiri gala tersebut di tengah perbalahan dengan penerbit pertunjukan itu – tetapi penggiat media sosial itu tetap menguasai perhatian sepanjang malam dengan paparan yang tidak putus-putus, termasuk gaun majlis tari-menari satin Zac Posen yang dia sebelum ini rancang untuk pakai ke majlis tersebut.

Album terbaru bintang itu – bertajuk ‘Thank U, Next’, seperti lagu single utamanya – menyaksikan bintang itu menajamkan jenama pop “gula-gula getah” dengan sisi peribadi yang menggigit.

Beberapa lagu membayangkan tempoh setahun lalu yang bergolak dan menyaksikan Grande putus hubungan dengan penyanyi rap Mac Miller – yang meninggal dunia pada usia 26 tahun pada September lalu – dan menamatkan pertunangan yang singkat namun menerima publisiti meluas dengan pelawak Pete Davidson.

Sumber: Utusan Borneo