WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

HENRY GOLDING BINTANGI JAMES BOND?

Sekiranya benar laporan mengatakan Henry Golding bakal membintangi James Bond, ini merupakan sejarah baharu bagi Malaysia


Back To Whats Hot

Aktor popular Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding dilaporkan bakal membintangi filem James Bond.

Henry, 32, dikhabarkan akan menggantikan pelakon Daniel Craig, 50, yang akan tamat kontraknya memegang karakter perisik kasanova itu.

Bagaimanapun, pelakon utama Crazy Rich Asians itu enggan mengulas mengenai spekulasi itu.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai hal itu,” katanya seperti dilaport portal berita TMZ.

Jika betul Henry menjadi pilihan, aktor tampan itu akan mengulangi sejarah yang dicipta oleh  aktres Michelle Yeoh yang  pernah berlakon sebagai gadis Bond dalam siri Tomorrow Never Dies.

Pelakon berdarah kacukan Inggeris-Iban itu mencipta kemasyhuran di Hollywood selepas filem lakonannya, Crazy Rich Asians mencetus fenomena di seluruh dunia pada 2018.

Sumber: AWANI