WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

WANITA WARGA EMAS DITEMUI SELEPAS EMPAT HARI HILANG

Seorang wanita warga emas dijumpai dalam keadaan lemah setelah dilaporkan hilang selama empat hari di kawasan hutan Lukut


Back To Whats Hot

KANOWIT: Seorang wanita warga emas dijumpai dalam keadaan lemah setelah dilaporkan hilang selama empat hari di kawasan hutan Lukut dekat sini pagi semalam.

Ketua Balai Bomba Kanowit Arrahman Chik ketika dihubungi berkata, mangsa berjaya ditemui dua pekebun getah dalam hutan lebih kurang jam 9.40 pagi.

“Pasukan SAR yang dimaklumkan bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam hutan dan seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Kanowit untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Liong Shui Kim, 66, kelihatan lemah selepas berada di dalam hutan selama empat hari kerana gagal menemui jalan pulang ke rumah sejak Ahad lalu.

Operasi SAR hari ketiga ditamatkan pada jam 10 pagi semalam susulan penemuan mangsa.

Seramai 21 orang terdiri daripada pasukan BBP Kanowit, Polis dan Angkatan Pertahanan Awam serta orang kampung menyertai operasi sejak Selasa lalu.

Sumber: Utusan Borneo