• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

SAFIEY KONGSI WAJAH LELAKINYA 10 TAHUN LALU

Dua wajah berbeza Safiey Illias pada 2009 dan 2019 yang dikongsi di laman Instagramnya.


Back To Whats Hot

Tanpa sebarang rasa malu atau kekok, usahawan kosmetik kontroversi Safiey Illias secara terbuka berkongsi gambar dirinya 10 tahun lalu pada 2009 dengan wajah terkininya.

Sedekad yang lalu, Safiey masih di bangku sekolah dan foto yang dikongsi selebriti media sosial itu memaparkan dia berpakaian seragam sekolah pelajar lelaki.

"Ramai sangat yang minta. Dilaksanakan! Saya bangga menjadi diri sendiri. Tiada apa nak disembunyikan," kata Safiey dalam entir yang dimuat naik di Instagram peribadinya pada Rabu.

Berbeza dengan personalitinya 10 tahun lalu, hari ini Safiey lebih selesa dengan imej kewanitaan yang sering menjadi bahan perdebatan di media sosial.

Sejak beberapa hari lalu, laman sosial dibanjiri dengan keghairahan orang ramai termasuk ahli politik dan selebriti dari seluruh dunia berkongsi wajah mereka masa kini dan 10 tahun lalu dalam cabaran #10yearchallenge.

Sumber: AWANI