WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

DIANA DANIELLE BANGGA WAKILI MALAYSIA PADA ANUGERAH TELEVISYEN ASIA

Pelakon terkenal tanah air, Diana Danielle berbangga mewakili Malaysia sebagai penyampai anugerah pada Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23


Back To Whats Hot

KUCHING: Pelakon terkenal tanah air, Diana Danielle berbangga mewakili Malaysia sebagai penyampai anugerah pada Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23  di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), 12 Januari lepas.

Bagaimanapun pelakon tinggi lampai berdarah campuran ini tidak mahu bermegah dan terlalu selesa kerana bagi beliau dipilih sebagai penyampai anugerah pada anugerah berprestij tersebut belum cukup untuk membuktikan kebolehannya sebagai seorang pelakon.

“Saya bangga kerana dapat mewakili Malaysia untuk menyampaikan anugerah pada ATA Ke-23 ini tetapi bagi saya ia tidak cukup dan tidak boleh selesa dengan zon kita sekarang ini.

“Dari senarai pencalonan pada ATA Ke-23 kali ini tidak banyak dari Malaysia dan saya agak tercabar kerana masih banyak ruang untuk memperbaiki industri kita,” katanya ketika ditemui pada majlis anugerah berprestij itu baru-baru ini.

Ditanya mengenai karya seninya yang akan datang, Diana berkata lagu terbarunya hasil kolaborasi dengan penyanyi kelahiran Singapura, Reyza Hamizan berjudul ‘Infiniti’ baru sahaja dikeluarkan.

Diana juga berkata bakal mengeluarkan beberapa buah single baharu dalam tahun ini dengan semuanya ditulis oleh beliau sendiri.

Dari segi lakonan pula, Diana berkata beliau banyak menerima tawaran berlakon bagi drama dan filem tahun lepas sebelum berehat dari bulan Oktober 2018.

“Tahun ini dalam bulan Mac baru saya akan sambung kembali drama-drama terbaru itu pun saya tak dapat dedahkan lagi,” katanya yang popular dengan drama ‘Raisha’ dan ‘Raisha 2’.

Diana yang telah bergiat lebih 15 tahun dalam industri ini juga berterima kasih kepada para peminat yang masih memberi ruang dan peluang untuknya mengembangkan bakatnya.

Dengan sokongan para peminat katanya beliau masih kekal dalam industri ini sehingga hari ini meskipun mendapat saingan daripada rama pendatang baharu.

Diana turut mengajak rakan-rakan artis dan semua mereka yang terlibat dalam industri ini untuk bekerja keras dan memperbaiki kualiti lakonan dan seni masing-masing agar dapat bersaing dengan karya-karya luar.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Agnes Tugong