WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

KONSERT SEMPENA ANUGERAH TELEVISYEN ASIA KE-23 BERLANGSUNG MERIAH

Menampilkan barisan artis antarabangsa dari rantau Asia, konsert yang berlangsung selama dua jam lebih ini dihadiri kira-kira 2,000 penonton


Back To Whats Hot

KUCHING: Konsert sempena Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23 berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam kelmarin.

Menampilkan barisan artis antarabangsa dari rantau Asia, konsert yang berlangsung selama dua jam lebih ini dihadiri kira-kira 2,000 penonton.

 

 Via Vallen menghiburkan para penonton dengan empat buah lagi termasuk lagu hitsnya ‘Sayang’.
BERSAMA PEMINAT: Via Vallen menghiburkan para penonton dengan empat buah lagi termasuk lagu hitsnya ‘Sayang’.

 

Antara artis yang menjayakan konsert ini ialah Winnie K dan Alvin Chong dari Malaysia, kumpulan K-Pop, SF9 dari Korea Selatan, Via Vallen dari Indonesia dan Trong Hieu (Vietnam).

Turut membuat persembahan pada konsert malam kelmarin, penyanyi kelahiran China, Qu Wan Ting serta Gary Valenciano dan Kiana Valenciano dari Filipina.

Konsert bermula dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan pemuzik anak muda Sarawak, Pinanak Sentah dengan muzik kontemporari tradisional mereka.

 

 Penyanyi Qu Wan Ting menyampaikan beberapa buah lagunya sambil memainkan piano.
UNTUK PEMINAT: Penyanyi Qu Wan Ting menyampaikan beberapa buah lagunya sambil memainkan piano.

 

Konsert diteruskan lagi dengan persembahan sebuah lagu oleh penyanyi tanah air berdarah Cina, Winnie K menerusi lagu berjudul ‘Kau Ada Di Mana’.

Malam konsert bertambah hangat dengan kemunculan kumpulan SF9 yang dianggotai sembilan jejaka tampan dari Korea Selatan.

Kemunculan SF9 adalah antara yang dinanti-nantikan oleh penonton yang hadir yang kebanyakan terdiri dari kalangan muda remaja.

Persembahan diteruskan lagi oleh penyanyi Via Vallen dari Indonesia yang terkenal dengan lagu ‘Sayang’ dan lagu ‘Meraih Bintang’ yang merupakan lagu tema Sukan Asia 2018.

 

 Para penonton jelas terhibur dengan persembahan oleh artis-artis yang menjayakan Konsert ATA Ke-23 di BCCK malam kelmarin.
BERBALOI: Para penonton jelas terhibur dengan persembahan oleh artis-artis yang menjayakan Konsert ATA Ke-23 di BCCK malam kelmarin.

 

Konsert bertambah rancak dengan kemunculan penyanyi dari Vietnam, Trong Hieu diikuti dengan penyanyi Qu Wan Ting dari China.

Sebelum tirai konsert ditutup, penyanyi Malaysia yang juga pelakon, Alvin Chong tampil dengan tiga buah lagi dalam pelbagai bahasa, Mandarin, Inggeris dan Melayu.

Tirai konsert malam kelmarin ditutup dengan persembahan bertenaga oleh penyanyi dari Filipina, Gary Valenciano bergandingan dengan anaknya Kiana Valenciano.

Gambar: Muhammad Rais Sanusi
oleh Agnes Tugong dan Rusnan Mustafa
Sumber: Utusan Borneo