WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

DSV HADIAHKAN CIK B BUKU NOTA BERHARGA RM3,000

Vida membuat kejutan menghadiahkan Cik B sebuah buku nota jenama mewah, Louis Vuitton berharga RM3,000


Back To Whats Hot
Pasti ramai yang masih ingat lagi, tahun lalu Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedez Benz CLK berharga setengah juta kepada Cik B yang baru berusia 13 tahun. Memang beruntung sangat menjadi anak kepada jutawan.
 
Baru saja memasuki sesi persekolahan 2019, Vida membuat kejutan menghadiahkan Cik B sebuah buku nota jenama mewah, Louis Vuitton berharga RM3,000. Kata Vida, hadiah tersebut diberikan memandangkan anak perempuannya itu rajin ke sekolah.
 
 
Diruangan komen rata-rata netizen cemburu dengan kehidupan Cik B yang hidup serba mewah dan tidak kurang juga ada yang mengatakan Cik B sangat bertuah kerana mempunyai ibu yang penyanyang.
 
Namun, sudah tentu ada saja komen negatif netizen yang menyifatkan pembelian buku tersebut hanya satu pembaziran dan lebih baik digunakan untuk membantu orang susah. Ada juga segelintir netizen mendakwa tindakan Vida itu seperti mahu menunjuk-nunjuk.
 
Bagaimanapun, ada yang memepertahankan Vida dengan mengatakan tiada salahnya jika mampu dan lagipun duitnya itu digunakan untuk melabur kepada anak-anak.
 
Sumber: ROTIKAYA