• LISTEN NOW ON AIR

    #CNO912

    09.00pm - 12.00am

WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 02.00am

HENRY GOLDING BERLAKON DI SAMPING MATTHEW MCCONAUGHEY, KATE BECKINSALE

Golding bakal berlakon di samping pemenang Oscar, Matthew McConaughey dan bintang Underworld, Kate Beckinsale


Back To Whats Hot

Rezeki aktor kelahiran Malaysia, Henry Golding, di Hollywood nampaknya terus mencurah-curah.

Terbaharu, Golding mengumumkan bakal membintangi filem arahan Guy Ritchie, berjudul Toff Guys, melalui akaun Instagram.

Bukan calang-calang kerana Golding bakal berlakon di samping pemenang Oscar, Matthew McConaughey dan bintang Underworld, Kate Beckinsale.

Filem yang skripnya ditulis oleh Marn Davies dan Ivan Atkinson itu mengisahkan pertembungan antara dua generasi industri penyeludupan dadah.

Penggambaran dijangka bermula tidak lama lagi di England, dan Golding meluahkan keterujaan untuk berlakon di bawah arahan Ritchie.

 

 

Ini bakal menjadi projek besar keempatnya di Hollywood selepas Crazy Rich AsiansA Simple Favor dan Last Christmas.

Sumber: AWANI