• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

CATS PREBIU

01.00pm - 02.00pm

AMAS : TAYLOR SWIFT MENANG BESAR, KEMENANGAN XXXTENTACION BUAT PEMINAT SEBAK

XXXTenticion dinobatkan anugerah Album terbaik Soul/R&B manakala Taylor Swift dinobatkan sebagai Artis Popular sempena AMAs 2018


Back To Whats Hot

LOS ANGELES: Anugerah Muzik Amerika 2018 (AMAs) yang berlangsung hari ini menyaksikan mendiang 'rapper' XXXTentacion dianugerahkan Album terbaik Soul/R&B' untuk albumnya '17.' 

Dia berjaya mengalahkan dua pesaing terhebat iaitu SZA dan juga Khalid bagi kategori tersebut.

XXXTentacion atau nama sebenarnya Jahseh Onfroy telah dibunuh dalam satu kejadian cubaan merompak yang berlaku di Broward County, Florida, Jun lalu ketika dia berusia 20.

Sejak kematian penyanyi rap tersebut Ibunya , Cleopatra Bernard, sentiasa berhubung bersama dengan peminat-peminat mendiang anaknya itu di media sosial.

Bernard yang menerima anugerah itu berkata dalam sebak "Saya rasa bertuah untuk menerima anugerah ini mewakili anak saya. Saya ingin berterima kasih kepada AMAs, peminat mendiang, dan semua yang membuatkan ini menjadi kenyataan. Terima kasih semua, saya amat menghargainya."

 

 

Pada malam tersebut juga, sensasi popTaylor Swift berjaya membawa pulang empat anugerah utama iaitu anugerah Artis Wanita Pop/Rock Pilihan , Album Pop/Rock Pilihan menerusi Album "Reputation" , Konsert Jelajah Popular dan juga dinobatkan sebagai Artis Popular keseluruhan.

 

Taylor Swift telah dinobatkan sebagai Artis popular 2018 untuk Anugerah Muzik Amerika 2018 ( AMAs )
Taylor Swift telah dinobatkan sebagai Artis popular 2018 untuk Anugerah Muzik Amerika 2018 ( AMAs )

 

Cardi B dan juga Drake antara yang mendapat percalonan terbanyak iaitu sebanyak lapan percalonan bagi AMAs 2018.

Cardi B berjaya membawa pulang tiga anugerah iaitu anugerah Penyanyi Rap/Hip Hop terbaik, Lagu Rap/Hiphop Terbaik dan juga Lagu Soul/R&B terbaik menerusi lagu duet Finesse bersama Bruno Mars.

 

Cardi B mendapat lapan percalonan untuk Anugerah Muzik Amerika 2018 ( AMAs )
Cardi B mendapat lapan percalonan untuk Anugerah Muzik Amerika 2018 ( AMAs )

 

Anugerah Muzik Amerika 2018 ( AMAs ) yang berlangsung di Panggung Microsoft, Los Angeles dihoskan Tracee Ellis Ross.

Berikut merupakan keputusan penuh keputusan Anugerah Muzik Amerika 2018 ( AMAs ) :

ARTIS POPULAR 
Taylor Swift

ARTIS BARU POPULAR
Camila Cabello

KOLABORASI POPULAR
Camila Cabello ft. Young Thug, "Havana"

KONSERT JELAJAH POPULAR
Taylor Swift 

MUZIK VIDEO POPULAR
Camila Cabello ft. Young Thug, "Havana"

ARTIS SOSIAL PILIHAN
BTS

ARTIS LELAKI  POP/ROCK PILIHAN
Post Malone

ARTIS WANITA POP/ROCK PILIHAN
Taylor Swift

DUO ATAU KUMPULAN POP/ROCK PILIHAN
Migos

ALBUM POP/ROCK PILIHAN
Taylor Swift, 'reputation'

LAGU  POP/ROCK PILIHAN
Camila Cabello ft. Young Thug, "Havana"

ARTIS LELAKI COUNTRY PILIHAN
Kane Brown

ARTIS WANITA COUNTRY PILIHAN
Carrie Underwood

DUO ATAU KUMPULAN COUNTRY PILIHAN
Florida Georgia Line

ALBUM  COUNTRY PILIHAN
Kane Brown, "Kane Brown"

LAGU COUNTRY PILIHAN
Kane Brown, "Heaven"

ARTIS RAP/HIP-HOP PILIHAN
Cardi B

ALBUM RAP/HIP-HOP PILIHAN
Post Malone, "beerbongs & bentleys"

LAGU RAP/HIP-HOP PILIHAN
Cardi B "Bodak Yellow (Money Moves)"

ARTIS LELAKI PILIHAN SOUL/R&B LAGU PILIHAN
Khalid

ARTIS WANITA PILIHAN SOUL/R&B
Rihanna

ALBUM PILIHAN - SOUL/R&B
XXXTENTACION "17"

LAGU PILIHAN SOUL/R&B
Bruno Mars & Cardi B "Finesse"

ARTIS PILIHAN - ALTERNATIF ROCK
Panic! At The Disco

ARTIS PILIHAN - KONTEMPORARI DEWASA
Shawn Mendes

ARTIS PILIHAN - LATIN
Daddy Yankee 

ARTIS  KONTEMPORARI BERPENGARUH PILIHAN
Lauren Daigle 

ARTIS ELECTRONIC DANCE MUSIC (EDM) PILIHAN
Marshmello

RUNUT BUNYI PILIHAN
Black Panther

Sumber: AWANI