WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

ARIANA GRANDE TERKESAN KEMATIAN BEKAS KEKASIH, MAC MILLER

Sumber turut memberitahu Ariana dan Mac masih saling berkomunikasi meskipun hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan


Back To Whats Hot

Penyanyi Ariana Grande dikatakan tidak mampu menahan kesedihan apabila mengetahui mengenai kematian bekas kekasihnya yang juga merupakan penyanyi rap, Mac Miller pada Jumaat lalu.

Menurut portal Metro UK, memetik laporan ET Online, sahabat Ariana memaklumkan penyanyi tersebut tidak dapat menahan kecewa kerana berita tersebut.

Sumber turut memberitahu Ariana dan Mac masih saling berkomunikasi meskipun hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan.

Katanya lagi, Ariana turut pernah meluahkan harapan supaya Mac menemui pengganti yang lebih baik.

Sehingga kini Ariana masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kematian Mac dan dia turut menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Menurut laporan agensi berita Amerika Syarikat pada Jumaat, Miller ditemui mati di rumahnya di California.

Laporan tersebut turut menyatakan penyanyi berusia 26 tahun itu meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah.

Sumber: mStar