WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

JUSTIN BIEBER MENANGIS HADAPAN HAILEY BALDWIN... AKHIRNYA PEMINAT TAHU PUNCA

Sekeping foto Justin yang menangis di hadapan Hailey telah tersebar dan ia telah mengundang perhatian para peminat


Back To Whats Hot

Sejak kebelakangan ini, tular kisah percintaan pasangan popular Hollywood, Justin Bieber dan tunangnya Hailey Baldwin.

Terbaharu, sekeping foto Justin yang menangis di hadapan Hailey telah tersebar dan ia telah mengundang perhatian para peminat.

"Justin menangis di hadapan tunangnya itu kerana ketika itu Justin benar-benar berasa terharu dan meluahkan perasaan cintanya terhadap Hailey.

"Justin menyifatkan rasa cintanya terhadap Hailey berbeza dengan apa yang dirasakan terhadap gadis-gadis lain sebelum ini termasuklah Selena Gomez," kata sumber.

Pada masa yang sama, pasangan ini dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat, namun tarikh rasmi untuk hari istimewa tersebut masih belum diumumkan lagi.

Teks: Asraf Aided
Sumber: AWANI