WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

ANGELINA JOLIE HALANG BRAD PITT BERHUBUNG DENGAN ANAK-ANAK

Tindakan yang dibuat Angelina itu boleh dianggap merepek dan keterlaluan


Back To Whats Hot

Pelakon Angelina Jolie dilaporkan tidak membenarkan bekas suaminya, Brad Pitt berhubung dengan anak-anak mereka.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, peguam kepada Angelina iaitu Laura Wasser mahu menutup kes tersebut disebabkan perkara itu telah mengundang perhatian para peminat mereka di seluruh dunia.

"Angelina akan cuba menghalang Brad dari berhubung dengan anak-anak mereka, Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox dan Vivienne.

"Tindakan yang dibuat Angelina itu boleh dianggap merepek dan keterlaluan, mungkin disebabkan keputusannya dipengaruhi oleh perasaan marah terhadap bekas suaminya itu," katanya.

Sejak kebelakangan ini, tular berita mengenai kisah hak penjagaan anak selepas penceraian pasangan pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt.

Angelina dan Brad Pitt berpisah pada 2016 dan mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Shiloh, 11 dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 9 tahun.

Pasangan itu juga mempunyai tiga anak angkat, Pitt-Maddox, 16, Pax, 14 dan Zahara, 13 tahun.

Sumber: mStar