WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SAHUT CABARAN KEKE, SUAMI 'TINGGALKAN' SITI SARAH

Beberapa selebriti lain turut terpanggil menyahut 'Keke Challenge' yang menjadi tular dalam kalangan netizen ketika ini


Back To Whats Hot

Demam 'Keke Challenge' kian hangat apabila semakin ramai golongan selebriti turut mencuba cabaran berkenaan.

Tidak ketinggalan menyahut cabaran menari mengikut rentak lagu, In My Feelings, dendangan artis antarabangsa, Drake, itu ialah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, sehingga 'ditinggalkan' oleh suaminya, Shuib.

Video yang dimuat naik oleh Sarah di laman sosial Instagramnya kira-kira lima jam lalu itu mendapat perhatian netizen apabila Shuib menggerakkan kereta lebih laju berbanding kepantasan ditetapkan untuk cabaran berkenaan.

Dalam klip yang sudah tonton lebih sejuta kali itu juga, secara bergurau Shuib dipetik meninggalkan Sarah yang disifatkannya terikut-ikut dengan cabaran terbabit.

Malah, video Sarah itu turut mendapat perhatian ramai artis lain yang meninggalkan komen masing-masing di laman sosialnya. Mereka termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Janna Nick, Siti Nordiana, Datin Paduka Umie Aida, Fasha Sandha, Nabila Huda, Nora Danish dan Azharina.

 

 

Artis popular Indonesia, Kris Dayanti, juga mengaku terhibur dengan gelagat penyanyi yang baru saja muncul dengan lagu Semakin itu dan suaminya. Ketika artikel ini ditulis, komen berkenaan sudah mendapat hampir 500 'like'.

"Lucu banget," ulas Kris Dayanti secara ringkas.

Sementara itu, selain Sarah, beberapa selebriti lain turut terpanggil menyahut 'Keke Challenge' yang menjadi tular dalam kalangan netizen ketika ini.

Namun, percubaan pelakon sensasi, Fatin Afeefa, pula menghadirkan pelbagai kecaman di ruangan komen laman sosialnya kerana dikatakan terlalu 'gedik' dalam melakukan cabaran itu.

Paling comel pula tentu saja gelagat Arif Jiwa Asyraf yang juga cucu Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Video kanak-kanak berusia setahun empat bulan itu 'menari' mengiringi lagu terbabit sehingga kini sudah ditonton hampir 300,000 kali di Instagramnya, @arifjiwaasyraf.

Sumber: Berita Harian