WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

SARIKEI DIISYTIHAR KAWASAN TERBAHARU WABAK RABIES

Sebanyak 33 kawasan berkenaan terletak di lima bahagian di negeri itu dan pihak berkuasa negeri sentiasa memantau perkembangan wabak tersebut


Back To Whats Hot

KUCHING: Kampung Mapu Kijabu Tebedu dan KM0.2 Jalan Sakar/Sebangkoi Jakar Sarikei diisytihar kawasan baharu wabak rabies di Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas mengumumkan lokasi terbaharu berkenaan menjadikan ia kawasan ke-32 dan 33 daripada keseluruhan kawasan wabak.

"Dua lokasi ini berada pada 10 kilometer radius kawasan wabak sebelum ini," katanya dalam kenyataan media dikeluarkan pada Rabu.

Kata Uggah, 33 kawasan berkenaan terletak di lima bahagian di negeri itu dan pihak berkuasa negeri sentiasa memantau perkembangan wabak tersebut dari semasa ke semasa.

"Bahagian tertinggi mencatat kes rabies ialah Serian dengan 22 kawasan, dikuti Kuching (5), Samarahan (3), Sarikei (2) dan Sri Aman satu kes," katanya.

Sumber: AWANI