WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

ISU ROYALTI PERLU DISELESAIKAN SEGERA DI BAWAH SATU BADAN

Isu royalti sudah sekian lama menyelubungi komuniti penggiat seni persembahan dan artis rakaman tanah air


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa agar isu royalti persembahan awam artis yang menjadi masalah sekian lama dalam industri muzik tempatan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata isu berkenaan sudah banyak kali dibincangkan namun masih belum ada jalan penyelesaian terbaik.

Beliau berkata apa yang masih menjadi masalah kepada artis sehingga kini adalah ramai yang keliru dengan proses pengagihan royalti ini dengan dua badan yang dipertanggungjawab mengagihkan royalti artis iaitu RPM (Recording Performers Malaysia) Bhd dan PRISM (Performers Rights and Interest Society of Malaysia) Bhd.

"Ada artis dan pemuzik rakaman yang datang mengadu kepada Karyawan bahawa mereka tidak mendapat sebarang royalti walaupun ada dua badan yang kononnya mewakili mereka iaitu RPM dan PRISM," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Karyawan, katanya, mencadangkan agar kerajaan baharu campur tangan dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menentukan artis memperoleh royalti yang menjadi hak mereka.

"Penyelesaian terbaik ialah tutup PRISM dan gabungkan semua hal berkaitan royalti artis di bawah satu badan sahaja iaitu RPM. Jika ini tidak dilakukan sampai bila-bilapun artis tak akan dapat menikmati royalti yang menjadi hak mereka," katanya.

Sumber: BERNAMA