WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'IA JADI MEMORI KAMI' - AKIM BANGGA SARUNG BAJU HASIL JAHITAN STACY

Akim berkahwin dengan Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2016


Back To Whats Hot

Penyanyi Akim Ahmad mengakui bangga dia dan keluarganya dapat memakai baju raya yang dijahit sendiri oleh isterinya Stacy sempena Aifilfitri ini.

Akim, 27 tahun, berkata walaupun ada kekurangan di dalam jahitannya namun ia akan menjadi memori terindah buatnya.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Akim turut melahirkan rasa bangga tersebut.

Dalam entri yang sama dia memuat naik gambar keluarganya yang memakai sedondon baju berwarna merah di hari raya.

 

 

Akim berkahwin dengan Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Eshaal, yang kini berusia setahun. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella, 6 tahun.

Teks oleh Syafiqah Jalal

Sumber foto IG Akim

Sumber: AWANI