• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

KALAU TAPAK KAKI KOYAK, JANGAN MEMANDAI-MANDAI JADI DOKTOR SENDIRI - HAFIZ SUIP

Perkongsian Hafiz itu mendapat simpati daripada peminat yang mendoakan semoga keadaannya kembali pulih dan sembuh segera


Back To Whats Hot

Penyanyi Hafiz Suip berkongsi keadaannya yang sedang dirawat di sebuah klinik akibat jangkitan pada bahagian kaki.

Selain meminta doa daripada peminatnya, Hafiz turut berpesan kepada orang ramai agar segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik sekiranya berlaku kecederaan pada bahagian kaki.

"Ya Allah permudahkan urusan ku ini ya Allah.

"Leg infections. So kepada korang semua kalau tapak kaki korang ada koyak atau luka jangan memandai-mandai nak jadi doktor sendiri letak minyak itu lah ini lah.

"Ini akibatnya. Nasib baik doktor kata dia tak ambik ibu jari kaki kang orang tanya 'Hafiz mana? Hafiz puntong'," tulisnya di Instagram.

 

 

Perkongsian Hafiz itu mendapat simpati daripada peminat yang mendoakan semoga keadaannya kembali pulih dan sembuh segera.

"Hahaha..Hafiz puntong. Apapun jaga kebersihan selepas ni," tulis @ausnurul.

"Semoga cepat sembuh. Infection tak boleh buat main-main. Kalau ada kencing manis, mahu dah kena potong jari," tambah @azliezah.

Sumber: AWANI