WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

MANGSA BANJIR SARAWAK BERTAMBAH LAGI

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah itu, Kota Samarahan mencatat bilangan tertinggi


Back To Whats Hot

KEADAAN banjir di negeri ini bertambah buruk dengan jumlah mangsa terjejas yang ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) kini seramai 5,562 daripada 1,682 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah itu, Kota Samarahan mencatat bilangan tertinggi dengan 1,483 mangsa dari 448 keluarga yang kini ditempatkan di tujuh PPS.

Bahagian Serian yang membuka lapan PPS pula mencatatkan 1,227 dari 389 keluarga manakala Sibu seramai 978 mangsa dari 287 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.

Bahagian Bintulu pula mencatat peningkatan mendadak dengan 1,321 mangsa dari 379 keluarga yang mendiami lima PPS; Bahagian Mukah seramai 92 mangsa dari 40 keluarga dengan tiga PPS.

Bahagian Limbang pula menempatkan 45 mangsa dari 135 keluarga di empat PPS.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengarahkan 55 sekolah ditutup hari ini berikutan bangunan sekolah serta laluan ditenggelami air.

Daripada jumlah itu, Selangau mencatat jumlah tertinggi dengan 13 sekolah, Mukah (8), Dalat (7), Limbang (6), Lawas (6), Baram (5), Samarahan (3), Bintulu (2), Serian (2) manakala Sibu, Julau dan Sebauh masing-masing satu sekolah.

Berikutan itu, 6,637 murid tidak dapat mengikuti pembelajaran hari ini.

Sumber: Harian Metro