WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

SIMON MIGNOLET SAH TINGGALKAN LIVERPOOL, SERTAI CLUB BRUGGE

Simon Mignolet sah meninggalkan kelab gergasi bola sepak Inggeris itu untuk menyertai Club Brugge di Belgium


Back To Sports Updates

Selepas enam tahun di Liverpool, penjaga gol, Simon Mignolet sah meninggalkan kelab gergasi bola sepak Inggeris itu untuk menyertai Club Brugge di Belgium.

Memetik laporan media antarabangsa, Mignolet bakal menyertai kelab di kampung halamannya itu dengan bayaran berjumlah £6.4 juta (RM32.73 juta) untuk kontrak lima tahun.

Mignolet, 31 tahun turut memuat naik sepucuk surat di laman Instagramnya mengucapkan selamat tinggal serta terima kasih kepada Liverpool dan peminatnya.

"Selepas lebih enam tahun yang istimewa di Liverpool, sudah tiba masanya untuk ucapkan selamat tinggal. Ia satu penghormatan yang luar biasa untuk dapat mewakili salah satu kelab terbesar di dunia, dan untuk mencapai sesuatu yang hanya mampu dicapai segelintir pemain sahaja.

"Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka di waktu baik dan buruk. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih dan pengurus sepanjang saya di sini; pengetahuan dan kepakaran mereka tidak ternilai.

"Sekali menjadi keluarga, selamanya akan menjadi keluarga. Saya akan sentiasa menjadi seorang 'Red'. Terima kasih atas kenangan Liverpool, dan semoga berjaya di masa hadapan," tulisnya.

Mignolet kehilangan tempat selaku penjaga gol utama di Anfield selepas penyertaan Alisson Becker ke kelab tersebut pada Julai tahun lalu.

Penyertaan penjaga gol Brazil itu menyebabkan Mignolet hanya bermain di kejohanan piala tempatan.

Malah, dia hanya beraksi dalam dua perlawanan kejohanan.

Selain itu, khidmatnya juga tidak digunakan dalam perlawanan Perisai Komuniti menentang Manchester City malam tadi.

Sementara itu BBC melaporkan, Liverpool telah mengesahkan penyertaan bekas penjaga gol West Ham, Adrian untuk pemindahan percuma.

Pemain berusia 32 tahun itu telah menyertai pemenang Liga Juara-Juara Eropah itu sebagai pengganti Mignolet.

Sumber: AWANI

View this post on Instagram

‪Thanks for the memories, @liverpoolfc #YNWA‬

A post shared by Simon Mignolet (@22mignolet22) on