WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BAPA LEGA NEYMAR BEBAS TUDUHAN ROGOL

Neymar menafikan merogol wanita berkenaan di sebuah hotel di Paris, seperti didakwa


Back To Sports Updates

SAO PAULO: Bapa bintang Brazil, Neymar berterima kasih dengan penyokong Paris Saint-Germain (PSG) selepas polis membebaskan anaknya daripada tuduhan merogol, kelmarin.

Polis Sao Paulo yang menyiasat kes berkenaan selepas menerima laporan daripada seorang wanita Mei lalu mengesahkan sudah menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat pendakwa raya yang mengambil masa 15 hari melakukan penilaian dan membuat keputusan.

Neymar menafikan merogol wanita berkenaan di sebuah hotel di Paris, seperti didakwa.

Wanita itu tampil di balai polis Sao Paulo beberapa hari sebelum Kejohanan Copa America bermula, namun Neymar tidak dapat beraksi mewakili Brazil angkara kecederaan pergelangan kaki.

Bapa Neymar yang bertindak sebagai ejennya meluahkan rasa gembira dengan keputusan kes berkenaan yang menimpa anaknya yang berusia 27 tahun itu.

"Saya menghargai kepercayaan dan sokongan padu yang diberikan kepada anak saya, Neymar Jr sepanjang tempoh siasatan berhubung tuduhan liar yang menyebabkan kem Brazil kesedihan dan kini semuanya sudah berakhir, polis sudah mengesahkannya,” tulisnya menerusi Instagram.

"Sokongan semua peminat, sahabat handai dan rakan-rakan perniagaan yang percaya karekter dan integriti anak saya sangat penting dalam mengharungi episod malang ini.”

Namun Ketua Penyiasat Polis Sao Paulo, Juliana Lopes Bussacos berkata Neymar masih dalam siasatan polis Rio de Janeiro bagi kes menunjukkan imej dalam satu rakaman video seks yang tular di media sosial ketika dia diminta memberi keterangan di balai polis berkenaan bulan lalu.

Sumber: Berita Harian