WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SUKAR TAPI KENA HADAP UNTUK 'TEST POWER'

Datuk Misbun Sidek mengakui bahawa Lee Zii Jia sudah bersedia untuk beraksi di Terbuka Indonesia minggu depan


Back To Sports Updates

Ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek mengakui bahawa Lee Zii Jia sudah bersedia untuk beraksi di Terbuka Indonesia minggu depan walaupun bakal berdepan laluan sukar.

Menurutnya, sepanjang tempoh rehat panjang ini mereka memang mempersiapkan perseorangan lelaki nombor satu negara itu untuk menyertai kejohanan besar.

"Ini adalah satu platform buatnya selaku pemain yang berada di ranking ke-17 kalau tidak sekarang, mungkin pada masa akan datang," kata Misbun yang disambung kontraknya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk tempoh setahun.

Ujar legenda perseorangan lelaki negara itu, beliau sendiri sedar bahawa Zii Jia bakal berdepan laluan getir dan persiapan mereka sebelum ini memang ke arah itu.

Jika berjaya melepasi halangan pertama iaitu menumpaskan wakil Thailand, Khosit Phetpradab, pemain berusia 21 tahun ini berkemungkinan akan berjumpa pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long.

Seandainya mampu menumpaskan pilihan kelima itu, seorang lagi wakil China, Shi Yuqi dijangka menantinya di suku akhir.

"Kita tidak mahu ranking dia (Zii Jia) saja tinggi tapi prestasi belum ke arah itu.

Kita akan sentiasa merangka program sebaik mungkin dan dia perlu menerima modul latihan bagaimana untuk menghadapi kejohanan besar.

"Saya lihat dia memang bersedia untuk beraksi dan setidak-tidaknya dia sendiri tahu bagaimana perlu berdepan saingan bertaraf 1,000.

Jika tidak dia tidak akan tahu seperti mana dia berdepan Chou Tien Chen dari Taiwan sebelum ini," katanya.

Selain Zii Jia turut beraksi di kejohanan yang berlangsung dari 16 hingga 21 Julai itu ialah Liew Daren.

Bagaimanapun, undiannya kurang bernasib baik apabila perlu berdepan pilihan utama dari Jepun, Kento Momota.

Sumber: Harian Metro