WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

'OZIL MASIH PEMIMPIN GUNNERS'

Alexandre Lacazette menegaskan Mesut Ozil masih pemimpin di Arsenal


Back To Sports Updates

LONDON: Alexandre Lacazette menegaskan Mesut Ozil masih pemimpin di Arsenal sekali pun tindakannya melemparkan jaket ketika kekalahan di Everton adalah tidak wajar.

Sekali pun prestasinya kian meningkat, Ozil bergelut untuk mencipta impak ketika kekalahan 1-0 Gunners di Goodison Park, awal pagi Isnin lalu dan digantikan oleh pengurus Unai Emery.

Ozil kemudian melemparkan jaketnya ke arah Emery dan rakan sejawatnya di Everton, Marco Silva ketika kedua-dua pengurus sedang berbalah di tepi padang sekali gus mencetus kritikan.

Bekas pemain kebangsaan Jerman itu adalah salah seorang kapten di Arsenal dan Lacazette percaya status berkenaan tidak akan terganggu dengan insiden berkenaan.

“Dia masih pemimpin, sekali pun dia tahu dia tidak perlu melakukannya,” kata Lacazette menjelang aksi suku akhir pertama Liga Europa, awal pagi esok menentang Napoli.

“Apabila kamu marah disebabkan oleh apa juga alasan, kadang kala kamu melakukan perkara yang kamu tidak patut lakukan. Ia sesuatu yang dibuatnya tetapi pada hari ini segala-galanya seperti biasa.”

Menjelang kunjungan Napoli di Emirates, Arsenal memiliki rekod baik di gelanggang sendiri apabila menang tujuh perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan.

Begitupun mereka bergelut untuk konsisten di gelanggang lawan apabila hanya menang dua kali sejak November lalu.

“Pertamanya di gelanggang sendiri, kami mempunyai penyokong sendiri, jadi sudah tentu kami merasa lebih yakin,” kata Lacazette. “Kadang kala kami mahu melakukan sesuatu tetapi ada harinya ia tidak menjadi, kami tidak dapat bermain seperti yang kamu mahukan.”

Sumber: Berita Harian