• LISTEN NOW ON AIR

    05/25/19 - 05/25/19

WHAT'S NEXT

05/25/19 - 05/25/19

GOH-LAI KETUAI CABARAN MALAYSIA KE PUSINGAN KEDUA ALL ENGLAND

Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mengetuai cabaran pemain negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton All England 2019


Back To Sports Updates

 

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mengetuai cabaran pemain negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton All England 2019 di Birmingham, England pada Rabu.

Goh-Lai menempah slot ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Ronald Ronald-Annika Saufika dari Indonesia; 21-16, 21-11 pada perlawanan pembukaan, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia Teng Fong-Soh Wooi Yik turut melangkah ke pusingan seterusnya selepas bangkit daripada ketinggalan sebelum mengalahkan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan; 12-21, 21-16, 21-16.

Bekas pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang meninggalkan skuad kebangsaan awal tahun ini, turut meraih tiket ke pusingan kedua apabila menumpaskan Berry Angriawan-Hardianto Hardianto dari Indonesia; 21-14, 17-21, 21-17 dalam aksi pusingan pertama.

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan wanita, bagaimanapun berakhir selepas dua pemain negara tumpas, masing-masing kepada pemain Jepun.

Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei kalah 20-22, 13-21 kepada Sayaka Takahashi, manakala Soniia Cheah Su Ya terpaksa akur di tangan Aya Ohori; 15-21,16-21.

Sumber: BERNAMA