WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MBAPPE PEMAIN PALING MUDA LEDAK 50 GOL DALAM LIGUE 1

Kylian Mbappe menjadi pemain paling muda untuk menjaringkan 50 gol dalam Ligue 1 Perancis


Back To Sports Updates

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe menjadi pemain paling muda untuk menjaringkan 50 gol dalam Ligue 1 Perancis selepas beliau menjaringkan dua gol ketika membantu Paris Saint Germain (PSG) menang selesa 3-0 ke atas Nimes, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan di tangga teratas liga.

Mbappe menjaringkan gol pada minit ke-69 dan 89 ketika PSG menjarakkan kedudukan dari pasukan di tangga kedua, Lille, dengan 17 mata selepas Lille seri 1-1 dengan Strasbourg pada perlawanan hari Jumaat.

Gol itu juga membolehkan Mbappe mengatasi rekod Opta, yang berusia 21 tahun, 11 bulan dan sembilan hari apabila menjaringkan 50 gol dalam liga elit pada 1982.

“Saya berusaha setiap hari untuk cuba membantu pasukan saya sebanyak yang saya mampu,” kata Mbappe selepas perlawanan.

“Bola sepak masih menghiburkan bagi saya dan menjaringkan gol serta memecah rekod apa yang menyebabkan saya beras sangat gembira.”

Gol Christopher Nkunku pada minit ke-40, dari satu umpanan cantik Marco Verratti, membuka jaringan buat skuad kendalian Thomas Tuchel dan hanya ketangkasan penjaga gol Nimes, Paul Bernandoni selain penyudah hambar PSG menghalang lebih banyak gol dijaringkan pada perlawanan di Parc de Princes.

PSG masih tidak dapat menurunkan dua penyerang mereka, Edinson Cavani dan Neymar kerana kecederaan tetapi Neymar hampir membuka jaringan seawal minit kelapan sebelum gol pembukaan Nkunku apabila menyempurnakan hantaran Verratti.

Mbappe memikirkan beliau menjaringkan gol kedua dengan satu tumbukan bola menggunakan tangan dan semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan gol itu tidak sah dan beliau dilayangkan kad kuning.

Insiden itu seperti membakar semangat Mbappe, yang mahu menebus kesilapan dan memburu rekod gol dan selepas rehat, beliau berjaya melakukannya dengan menjaringkan dua gol cantik untuk gol liga ke-22 musim ini dan ke-51 dalam kariernya.

Sumber: Utusan Borneo