WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

KELUARGA SALA MULA BERKABUNG

Keluarga pemain baharu Cardiff City, Emiliano Sala sudah mula berkabung selepas mayat pemain itu dikenalpasti


Back To Sports Updates

PARIS: Keluarga pemain Cardiff City Emiliano Sala berkata semalam, mereka sudah mula berkabung selepas mayat pemain itu dikenalpasti susulan penemuan bangkai pesawat itu di Selat Inggeris.

“Kini kami boleh mula berkabung untuk anak dan adik kami," kata anggota keluarga pemain Argentina itu dalam satu kenyataan, malah turut berterima kasih kepada semua yang terbabit dalam usaha mencari pesawat itu di pesisir pantai  Guernsey.

“Kami ingin berterima kasih kepada anda atas ingatan dan sokongan dalam saat paling menyakitkan bagi keluarga kami,” kata keluarga itu lagi.

“Melihat semua orang melakukan apa yang terdaya untuk membantu pencarian kami adalah bantuan yang tidak ternilai.”

Keluarga itu juga meluahkan simpati terhadap keluarga juruterbang peswat itu David Ibbotson,59, yang mayatnya masih belum ditemui dan berkata ‘kami berharap pihak berkuasa dapat melakukan apa yang termampu untuk mencarinya'.

Sala kembali ke Perancis untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di kelab Ligue 1, Nantes dan terbang ke Wales pada 21 Januari untuk menyertai kelab baharunya susulan perpindahan bernilai  17 juta euro (RM78.4 juta).

Pesawat berkenaan, Piper PA-46 Malibu, hilang daripada radar, sekitar 20 kilometer di utara Guernsey.

Sumber: Berita Harian