WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

POLIS SAHKAN IDENTITI MAYAT SEBAGAI SALA

Mayat yang ditemui oleh penyiasat British dalam bangkai pesawat yang terjunam ke Selat Inggeris dikenal pasti sebagai pemain bola sepak, Emiliano Sala


Back To Sports Updates

PORTLAND, United Kingdom: Mayat yang ditemui oleh penyiasat British dalam bangkai pesawat yang terjunam ke Selat Inggeris dikenal pasti sebagai pemain bola sepak, Emiliano Sala.

Mayat penyerang Argentina itu kali pertama dikesan melalui kenderaan kawalan jauh (ROV) Ahad lalu, berhampiran pesawat berkenaan dilaporkan hilang berdekatan kepulauan British di Guernsey.

Ia dikeluarkan semalam dan dibawa ke Portland di selatan England menggunakan kapal Geo Ocean III untuk dikenal pasti oleh koroner.

“Mayat berkenaan dibawa ke Pelabuhan Portland dan sudah dikenal pasti secara rasmi… sebagai pemain bola sepak profesional Emiliano Sala,” kata polis di Dorset, wilayah di mana mayat berkenaan dibawa.

“Keluarga Sala dan juruterbang David Ibbotson juga sudah dimaklumkan.”

Cawangan Siasatan Kemalangan Udara British (AAIB), yang menemui mayat berkenaan, berkata cuaca buruk di laluan kapal yang sibuk menyukarkan usaha untuk mengeluarkan pesawat berkenaan dan operasi terpaksa ditamatkan.

Pesawat ringan berkenaan membawa pemain bola sepak 28 tahun itu ke pasukan barunya di Liga Perdana Inggeris, Cardiff City sebelum hilang berhampiran Guernsey pada 21 Januari, bersama juruterbang berusia 59 tahun.

Sumber: Berita Harian