WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

RIDZUAN DINOBAT ATLET PARA LELAKI TERBAIK ASIA

Penghargaan ini membakar semangat saya untuk terus melakar pencapaian lebih baik selepas ini


Back To Sports Updates

Atlet olahraga para negara, Mohd Ridzuan Puzi menerima anugerah Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018 dalam Majlis Makan Malam Anugerah Asia 2018 yang berlangsung di Dubai, malam tadi.

Anugerah yang diterima Ridzuan itu adalah berdasarkan pencapaian cemerlangnya merangkul tiga pingat emas dalam Sukan Para Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta, Oktober lalu.

Dia meraih emas dalam acara 100 meter T36 dengan turut memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri selain melakar rekod baru Sukan Para Asia dalam acara lompat jauh T36 dan mendominasi acara 400 meter T36.

Anugerah yang diterima itu disampaikan oleh Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohamed Al-Hameli, dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed.

"Saya gembira dan berterima kasih kepada Jawatankuasa Paralimpik Asia kerana memberi penghargaan ini. Ia membakar semangat saya untuk terus melakar pencapaian lebih baik selepas ini," kata Ridzuan.

Sumber: AWANI