WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

CHONG WEI KEMBALI KE GELANGGANG SELEPAS 6 BULAN

Datuk Lee Chong Wei kembali menjalani latihan buat kali pertama selepas beliau disahkan pulih daripada kanser hidung


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei kembali menjalani latihan buat kali pertama selepas beliau disahkan pulih daripada kanser hidung.

Beliau dilapor tiba di gelanggang Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara pada pukul 8.13 pagi Isnin.

Menurut laporan Utusan Online, jaguh badminton negara itu tidak membenarkan sesi latihannya hari ini dirakam atas sebab-sebab tertentu.

Sebelum ini, naib juara perseorangan badminton Olimpik 2016 hanya menjalani latihan di gimnasium selepas lebih enam bulan berehat.

Laman Twitter rasmi Persatuan Badminton Malaysia ( BAM ) juga memuat naik gambar Chong Wei sedang berehat dengan kapsyen "Lihat siapa kembali! Juara di sini."

 

 

Chong Wei juga pernah memaklumkan bahawa kanser yang dihadapinya bukan satu penghalang buat beliau untuk meraih emas di Olimpik Tokyo pada 2020.

Sumber: AWANI