• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

CATS PREBIU

01.00pm - 02.00pm

JANGAN ANGGAP THAILAND TERLALU KUAT HINGGA JEJAS AKSI - CHENG HOE

Cheng Hoe meminta pemain negara mempamerkan aksi lebih agresif dan memberi tumpuan dalam menghasilkan gol pada perlawanan tersebut


Back To Sports Updates

NILAI: Skuad negara diingatkan agar tidak menganggap pasukan Thailand terlalu kuat sehingga mempengaruhi aksi mereka dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata meskipun skuad Harimau Malaya dijangka berdepan tugas berat bertemu pasukan terkuat di Asia Tenggara itu, pemain negara boleh mengatasi segala rintangan jika kekal fokus dalam perlawanan tersebut.

Beliau juga menasihatkan pemain agar sentiasa berwaspada dengan ancaman penyerang berbisa Thailand, Adisak Kraisorn kerana kelincahan pemain tersebut mampu menghukum benteng pertahanan negara.

"Thailand memiliki pemain dan liga (tempatan) berkualiti, tetapi jika pemain kita dapat menunjukkan karakter sebenar di atas padang, kita mampu memberi persembahan terbaik.

"Kita tidak boleh menganggap Thailand terlalu kuat dan saya yakin pemain boleh mengatasi segala rintangan dalam perlawanan itu," katanya kepada pemberita pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Padang A Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, pada Isnin.

Perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, manakala aksi timbal balik di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 Disember depan.

Cheng Hoe turut meminta pemain negara mempamerkan aksi lebih agresif dan memberi tumpuan dalam menghasilkan gol pada perlawanan tersebut.

Mengakui skuad kebangsaan dianggap 'underdog' dalam aksi berkenaan, Cheng Hoe berkata berdasarkan aksi di peringkat kumpulan membuktikan pasukan kendaliannya mampu beraksi dengan baik sehingga layak ke separuh akhir.

Beliau juga berkata kesemua pemain kini berada dalam keadaan baik dan tidak dibelenggu sebarang kecederaan.

Sumber: BERNAMA