WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

06.00am - 10.00am

DOA IBU BAPA BUATKAN MOHAMAD RIDZUAN SEBAK, RAIH EMAS KETIGA

Mohd Ridzuan meraih emas ketiganya dalam acara lompat jauh T36 dengan turut melakarkan rekod baharu Asia


Back To Sports Updates

JAKARTA: "Terima kasih emak, ayah, doakan Dik Wan" reaksi terharu atlet hebat negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi setelah menamatkan acara lompat jauh T36 pada temasya Sukan Para Asia 2018, di sini hari ini.

Dengan membahasakan dirinya "Dik Wan", Mohamad Ridzuan sebak dimaklumkan ibu bapanya yang sedang mengerjakan umrah, turut mendokan kejayaannya di temasya sukan itu.

Mohd Ridzuan meraih emas ketiganya dalam acara lompat jauh T36 dengan turut melakarkan rekod baharu Asia, dengan catatan 5.49m.

Anak jati Perlis itu sebelum ini meraih emas dalam acara 100m T36.

Beliau mencatat masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekaligus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.

Pelari pecut para negara itu turut meraih pingat emas dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa 59.36 saat.

Mohamad Ridzuan mencipta fenomena baharu sejarah sukan negara apabila muncul sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik 2016.

Ibu bapanya, Mohamad Puzi, 58, dan Lailah Salleh, 50, sedang mengerjakan ibadah umrah.

Sumber: BERNAMA