WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

LANGGAR ETIKA TERBUKA AS, SERENA WILLIAMS DIDENDA ASD17,000

Serena Williams memarahi Carlos Ramos ketika Terbuka AS menentang Naomi Osaka di New York, 8 Sept, 2018


Back To Sports Updates

NEW YORK: Gara-gara bertikam lidah dengan pengadil ketika pusingan akhir Terbuka Amerika Syarikat pada Sabtu, Serena Williams didenda ASD17,000.

Williams didapati bersalah kerana mencerca (verbal abuse) pengadil, dengan menggunakan perkataan 'penipu' dan 'pencuri'.

Dia dikenakan tindakan penalti.

Williams sebelum ini mendakwa, tindakan dikenakan ke atasnya ketika perlawanan akhir menentang Naomi Osaka dari Jepun itu, tidak wajar.

Denda yang dikenakan berdasarkan pelanggaran etika di bawah Persatuan Tenis Amerika Syarikat, akan ditolak daripada hadiah ASD1.85 juta wang tunai yang dimenangi Williams sebagai naib juara.

Williams yang memburu gelaran Grand Slam ke-24, enggan bersalam dengan pengadil Carlos Ramos selepas tamat perlawanan.

Pejabat pengadil perlawanan mendenda bekas pemain nombor satu dunia itu ASD10,000 kerana melakukan 'verbal abuse' terhadap Ramos, ASD4,000 kerana didakwa menerima tips dari jurulatih Patrick Mouratoglou dan ASD3,000 kerana menghempas raketnya pada set kedua.

Sumber: AWANI