WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

RONALDO NAK 'TARIK' RAKAN REAL MADRID KE JUVENTUS

Media sukan Itali itu mendakwa Marcelo mempertimbangkan cadangan untuk mengikut Ronaldo ke Turin


Back To Sports Updates

Cristiano Ronaldo mahu bekas rakan sepasukannya, Marcelo, mengikuti jejaknya dan membuat perpindahan dari Real Madrid ke Juventus.

Ronaldo memuktamadkan perpindahan bernilai £100 juta ke kelab Serie A Itali awal musim panas ini.

Namun, Juventus dapat meningkatkan lagi kedudukan mereka dengan mendapatkan pemain kelahiran Brazil itu.

Menurut Tuttosport, Marcelo dan Ronaldo dikaitkan dengan sayap kiri untuk Real Madrid sejak sembilan tahun lalu, dan sekarang bintang Portugal itu mahu membawa perkongsian itu ke Itali.

Media sukan Itali itu mendakwa Marcelo mempertimbangkan cadangan untuk mengikut Ronaldo ke Turin.

Bagaimanapun, Juventus hanya berminat untuk membawa masuk pemain Brazil itu sekiranya mereka melepaskan pemainnya, Alex Sandro, yang diintai Paris Saint-Germain.

Sumber: mStar