WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

CHONG WEI, PENG SOON-LIU YING TERUSKAN CABARAN MALAYSIA DI TERBUKA INDONESIA

Chong Wei yang juga pilihan ketujuh di kejohanan itu akan bertemu Kantaphon Wangcharoen dari Thailand pada suku


Back To Sports Updates

Jaguh badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, berjaya mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2018.

Mereka menewaskan lawan masing-masing dalam saingan pusingan kedua, manakala dua beregu wanita dan pasangan beregu lelaki negara terkandas dalam aksi di Stadium Istora Senayan.

Juara perseorangan lelaki Terbuka Malaysia 2018 itu menewaskan pemain Denmark, Anders Antonsen 21-12, 21-15.

Chong Wei yang juga pilihan ketujuh di kejohanan itu akan bertemu Kantaphon Wangcharoen dari Thailand pada suku hari ini.

"Saya akan lalukan yang terbaik di Terbuka Indonesia ini kerana di sini juga nanti adalah pentas untuk Sukan Asia (Ogos nanti)," kata Chong Wei.

Beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berjaya menewaskan beregu Denmark Niclas Nohr-Sara Thygesen 21-15, 21-17.

Di saingan suku akhir, mereka akan bertemu pilihan kedua Wang Yilyu- Huang Dongping dari China yang menewaskan beregu Denmark Joachim Fisher Nielsen- Alexandra Boje 21-16, 21-18 pada pusingan kedua.

"Kami akan lakukan yang terbaik esok," kata Peng Soon yang tewas kepada pasangan itu pada Terbuka Korea Sept 2017 ketika bergandingan dengan Cheah Yee See.

Pasangan beregu wanita negara Vivian Hoo-Yap Cheng Wen kalah kepada beregu Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 19-21, 21-23, yang juga pilihan kedua acara itu.

Manakala satu lagi beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tewas dalam aksi sengit 45 minit kepada pilihan pertama dari China, Chen Qingchen- Jia Yifan 20-22, 18-21.

Sementara beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga terpaksa akur dengan kehebatan beregu elit Indonesia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Mereka tewas dalam aksi 27 minit kepada pilihan pertama acara beregu lelaki itu 18-21, 12-21.

Sumber: BERNAMA