WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

TIADA KILAUAN PINGAT UNTUK MALAYSIA

Gandingan muda Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul Jaya Surya menamatkan saingan acara 10m platform seirama lelaki


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Tiada kilauan pingat buat skuad terjun negara pada hari kelima pada Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA ke-21 di Wuhan, China, yang berlangsung di Natatorium of Wuhan Sports Center, malam tadi.

Gandingan muda Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul Jaya Surya menamatkan saingan acara 10m platform seirama lelaki di tempat ketujuh daripada 11 peserta dengan mengumpul 382.02 mata.

Pingat emas dimenangi penerjun tuan rumah Yang Hao-Chen Aisen dengan mengumpul 491.73 mata.

Pasangan penerjun dari Rusia, Aleksandr Belevtsev-Nikita Shleikher meraih pingat perak dengan 427.20 mata, manakala pingat gangsa menjadi milik Declan Stacey-Domonic Bedggood dari Australia dengan 409.59 mata.

Sementara itu, Jellson akan meneruskan saingan dalam saringan acara 10m platform hari ini (Sabtu).

Turut beraksi hari ini ialah Muhammad Syafiq Puteh yang akan bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 3m papan anjal campuran.

Terdahulu, dalam saringan acara 3m papan anjal individu wanita, kedua-dua penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pada Sabtu selepas masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-22 dan 24.

Hanya 13 daripada 28 penerjun layak ke peringkat separuh akhir dan hanya 12 terbaik akan melangkah ke final.

Pada hari terakhir kejohanan Ahad ini, Wendy dan Nur Dhabitah akan bergandingan dalam acara 3m papan anjal seirama.

Sumber: BERNAMA