WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 02.00am

SALAH TIDAK BERDEPAN HUKUMAN

Salah menjaringkan dua gol minggu lalu ketika Liverpool mengalahkan bekas kelabnya, Roma, 5-2 dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara Eropah


Back To Sports Updates

Mohamed Salah tidak akan menghadapi sebarang tindakan berhubung dakwaan mengasari Bruno Martins Indi ketika Liverpool dan Stoke City seri 0-0 dalam Liga Perdana Inggeris di Anfield, Sabtu lalu.

Salah, yang mendahului Harry Kane dari Tottenham dengan lima gol dalam perlumbaan untuk Kasut Emas Liga Perdana, mungkin berdepan penggantungan tiga perlawanan selepas dilihat menghayunkan tangan ke arah Martins Indi ketika bersaing merebut bola lontaran ke dalam.

Tetapi pemain antarabangsa Mesir itu tidak bersentuhan dengan Martins Indi dan FA mengesahkan kepada Omnisport bahawa panel bekas pengadil memutuskan ia bukan satu insiden kelakuan ganas susulan penilaian terhadap rakaman itu.

Salah sudah menjaringkan 31 gol Liga Perdana manakala Kane mengumpul 27 selepas meledak satu gol dalam kemenangan 2-0 Spurs ke atas Watford, awal pagi tadi.

Salah menjaringkan dua gol minggu lalu ketika Liverpool mengalahkan bekas kelabnya, Roma, 5-2 dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Liverpool dilihat akan memastikan kemaraannya ke final apabila kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu untuk aksi timbal balik di Rome, awal pagi Khamis ini.

Sumber: AWANI