WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

YUSOFF MAHADI DILANTIK PEMANGKU PRESIDEN FAM

Yusoff akan memangku jawatan itu sehingga mesyuarat kongres ke 46 FAM, yang dijadual pada 14 Julai ini


Back To Sports Updates

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi hari ini dilantik sebagai pemangku Presiden sehingga kongres persatuan itu akan datang.

Perkara itu dicadangkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal yang kemudian diterima oleh semua Exco, pada bermesyuarat tengahari ini.

Yusoff akan memangku jawatan itu sehingga mesyuarat kongres ke 46 FAM,yang dijadual pada 14 Julai ini.

Mesyuarat hari ini diadakan berikutan  peletakan jawatan presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 25 Mac lalu.

Mesyuarat juga membuat keputusan untuk  menerima peletakan jawatan Tunku Ismail dengan berat hati.

Sumber: Awani