WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

FINA GANTUNG WENDY LAPAN BULAN KERANA KESALAHAN DOPING

Penerjun negara, Wendy Ng digantung lapan bulan kerana kesalahan doping


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Penerjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee dikenakan penggantungan lapan bulan oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) kerana kesalahan doping.

Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen berkata penggantungan terhadap penerjun kelahiran Kuala Lumpur berusia 24 tahun itu berkuat kuasa 26 Ogos 2017, iaitu tarikh sampel B diambil, dan hukuman itu akan berakhir pada 26 April 2018.

"Saya menerima e-mel daripada FINA Khamis malam yang memaklumkan penggantungan Wendy selama lapan bulan berikutan kes dopingnya, maka dia tidak disenaraikan untuk Sukan Komanwel 2018," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Jumaat.

Chen memberitahu Wendy akan kembali menjalani latihan bersama skuad terjun kebangsaan pada 15 April untuk persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 Sept.

Dalam perkembangan lain, Chen berkata skuad negara dijadual berlepas ke Gold Coast, Australia pada 26 Mac bagi menyesuaikan diri dengan suasana gelanggang pertandingan.

"Sebelum ini saya dimaklumkan upacara menaikkan bendera akan berlangsung pagi 26 Ogos, sebelum skuad negara berlepas ke Gold Coast pada sebelah malam," katanya.

Pada Oktober 2017, Wendy disahkan mengambil bahan terlarang jenis sibutramine selepas sampel B yang uji di makmal Agensi Anti Doping Dunia di New Delhi, turut positif.

Penerjun terbabit didapati melakukan kesalahan itu semasa beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas, dan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sedang dalam proses untuk mendapatkan semula pingat emas yang dimenanginya dalam acara 3m papan anjal individu wanita.

Sumber: Bernama