WHAT'S NEXT

CATS MUZIK

10.00am - 02.00pm

LEMIEUX MENCABAR JUARA TINJU SAUNDERS


Back To Sports Updates

MONTREAL: Juara tinju, Billy Joe Saunders berharap persekitaran baru akan menyerlahkan prestasi terbaiknya ketika tali pinggang middleweight Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) miliknya akan dicabar oleh David Lemieux.

Peninju Inggeris berusia 28 tahun itu akan bertarung buat kali pertama di Amerika Utara, esok apabila turun berdepan Lemieux dari Kanada di Lavel Place Bell.

"Saya biasa bertarung di luar Britain. Saya sering menjelajah ke seluruh dunia," kata Saunders. -AFP

"Saya tidak kisah jika jutaan penonton (menyokong Lemieux). Di tengah gelanggang hanya saya dengan dia, habis cerita."

Promoter tinju, Frank Warren berkata, persekitaran baru sama sekali tidak akan mendatangkan rasa gemuruh buat Saunders.

"Ini pertarungan yang sukar di tempat lawan, tapi ini yang dimahukan Bill," kata Warren.

Saunders yang mempunyai rekod kemenangan 25-0 dengan 12 KO sedia menggunakan kemahiran tinju untuk mengatasi tumbukan padu Lemieux, yang memenangi 38 perlawanan termasuk 33 KO. - AFP