WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

LAGU TEMA SUKAN SEA 2017, 'BANGKIT BERSAMA' DILANCAR

Kemeriahan detik-detik menjelang temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) kian terasa dengan pelancaran lagu tema "Bangkit Bersama"


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Kemeriahan detik-detik menjelang temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) kian terasa dengan pelancaran lagu tema "Bangkit Bersama" oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini.

Lagu hasil gubahan komposer Datuk Ramli MS itu dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah.

Jelas Khairy, lagu tersebut juga adalah hasil cetusan idea Jawatan Kuasa Pengelola Malaysia (MASOC) yang melancarkan kempen "crowdsourcing" untuk menjemput masyarakat menyumbang idea untuk menghasilkan lirik lagu tema berkenaan di media sosial.

"ini merupakan kali pertama kami mengambil langkah untuk melibatkan orang ramai dalam menghasilkan lagu tema temasya sukan yang besar.

"Saya amat gembira melihat sokongan masyarakat terhadap sumbangan idea dan cerita yang dihantar dan hari ini saya persembahkan lagu yang ditulis dan dimiliki oleh semua peminat dan penyokong KL2017," katanya pada majlis pelancaran yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.

Pelancaran lagu "Bangkit Bersama" ini melengkapkan tiga lagu tema yang dicipta untuk KL2017.

Dua lagu lain bertajuk "Tunjuk Belang" nyanyian MonoloQue, Azlan dan MaliQue dan "So Many Hands" oleh Mia Palencia.

Temasya Sukan SEA bakal berlangsung pada 19 Ogos sehingga 30 Ogos ini.

- Sumber dari Awani