WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

POGBA ANTARA PENCETUS PERPINDAHAN LUKAKU KE UNITED

ROMELU Lukaku terpesona untuk menyertai Manchester United selepas menyaksikan Paul Pogba


Back To Sports Updates

OMELU Lukaku terpesona untuk menyertai Manchester United selepas menyaksikan Paul Pogba melengkapkan perpindahan termahal di dunia, tahun lalu.

Penyerang Belgium itu akhirnya memuktamadkan perpindahan dari Everton, semalam, dengan laporan bernilai GBP75 juta.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, perpindahan Pogba dari Juventus dengan harga GBP89.3j mencetuskan sesuatu dalam fikirannya dan ingin melalui detik-detik seperti itu.

"Paul merupakan salah seorang rakan baik saya dan merupakan jiran saya. Kami sering berjumpa setiap hati," katanya kepada MUTV.

"Tahun lalu, saya menjadi saksi dia memeterai kontrak dengan United, ia mecetuskan sesuatu kepada saya dan jika berpeluang melakukannya, saya tidak akan menolaknya.

"Pada penghujung karier saya, saya ingin mengatakan saya pernah beraksi untuk sebuah kelab yang sentiasa memburu trofi. Saya tidak bersikap sambil lewa terhadap peluang ini.

"Saya tinggal di Manchester dan pernah melintasi Old Trafford beberapa kali. Pada satu malam, saya berkata kepada ibu bahawa saya pasti akan beraksi di sini, suatu hari nanti. Setiap kali berdepan mereka, saya teruja dengan suasana dan peminatnya. Saya seperti kanak-kanak.

"Sejarah, pemain yang mewakili dan keinginan kelab yang sentiasa dahagakan kejayaan adalah sesuatu yang mahukan. Ia peluang sempurna untuk saya membuat langkah besar yang seterusnya.

"Saya berterima kasih kepada ejen saya (Mino Raiola) dan bekas kelab, Everton, kerana menyempurnakan perjanjian ini sebelum pra-musim.

"Saya berpeluang untuk berkenalan dengan rakan sepasukan dan corak permainan mereka.

"Saya mahu beraksi di bawah pengurus (Jose Mourinho) dan memulakan sesuatu yang baru bersamanya. Adalah bagus buat saya untuk mengenali Manchester United."

Lukaku pernah bekerjasama dengan Mourinho di Chelsea, namun jarang mendapat peluang.

"Saya menyimpan hasrat untuk beraksi di bawah kendaliannya sejak berusia 10 tahun. Untuk menjadi sebahagian daripada perancangannya dalam pemburuan trofi sangat mengujakan. Dia akan membantu kami memenangi trofi.

"Saya seorang yang tenang tetapi di atas padang, saya akan menjadi pahlawan. Saya mahu menjaringkan seberapa banyak gol yang boleh, menjadi pemain yang lebih baik dan berusaha lebih keras lagi.

"Saya ingin terus memperbaiki prestasi, setiap hari saya inginkan yang lebih baik."

- Sumber dari Awani