WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

SUKAN SEA: SENARAI PENUH KONTINJEN AKAN DIUMUM DALAM MASA TERDEKAT

Datuk Low Beng Choo, meramalkan jumlah sebenar kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan diumumkan jumaat ini


Back To Sports Updates

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, meramalkan jumlah sebenar kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan diumumkan jumaat ini selepas berakhirnya tarikh tutup pendaftaran semua 11 negara peserta, dua hari lalu.

Sebelum ini, Malaysia dijangka akan menghantar jumlah kontinjen terbesar berbanding 10 negara lain yang bertanding.

Pada 1 Julai yang lalu, tarikh pendaftaran untuk setiap negara menghantar nama atlet telah ditutup dan Beng Choo menjangkakan pengumuman senarai akhir akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Kemungkinan kami akan mengumumkan senarai dalam masa terdekat dan begitu juga dengan bilangan daripada negara-negara lain,"kata Beng Choo.

Ketika ini Majlis Sukan Negara (MSN) sedang mengemaskini senarai akhir semua negara yang bertanding termasuk dalam kesemua 405 acara.

Malaysia hanya muncul juara sekali pada tahun 2001 dan ketika itu Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.

Selepas 16 tahun, kini sekali lagi Kuala Lumpur dipilih selaku hos kejohanan dan pastinya kontinjen Malaysia mempunyai sasaran untuk muncul juara.

Selain itu, MOM juga sudah menutup pencalonan untuk pembawa bendera kontinjen negara.

Antara calon paling hangat untuk diamanahkan tugas tersebut adalah jaguh trek, Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Pandelela Rinong.

"Itu adalah simbol negara sebagai tuan rumah jadi untuk memilih siapa yang layak untuk membawa bendera agak rumit," kata Beng Choo.

- Sumber dari Awani